Pengenalan
Anyaman merupakan seni yang mempengaruhi kehidupan dan kebudayaan masyarakat Melayu. Menganyam bermaksud proses menjaringkan atau menyilangkan bahan-bahan daripada tumbuh-tumbuhan untuk dijadikan satu rumpun yang kuat dan boleh digunakan. Bahan tumbuh-tumbuhan yang boleh dianyam ialah lidi, rotan, akar, bilah, pandan, mengkuang dan beberapa bahan tumbuhan lain yang dikeringkan.

Definisi Anyaman
Anyaman bermaksud proses
menyilangkan bahan-bahan daripada tumbuh-tumbuhan untuk dijadikan satu
rumpun yang kuat dan boleh digunakan. Bahan-bahan tumbuhan yang boleh
dianyam ialah lidi, rotan, akar, buluh, pandan, mengkuang, jut dan
sebagainya. Bahan ini biasanya mudah dikeringkan dan lembut.
Sejarah dan Perkembangan
Anyaman merupakan seni
tradisi yang tidak mempunyai pengaruh dari luar. Perkembangan Sejarah
anyaman adalah sama dengan perkembangan seni tembikar. Jenis seni anyaman
pada masa Neolitik kebanyakan adalah menghasilkan tali, rumah dan keperluan
kehidupan. Bahan daripada akar dan rotan adalah bahan asas yang awal
digunakan untuk menghasilkan anyaman. Menurut Siti Zainun dalam buku Reka
bentuk kraftangan Melayu tradisi menyatakan pada zaman pemerintahan Long
Yunus (1756-94) di negeri Kelantan, penggunaan anyaman digunakan oleh raja.
Anyaman tersebut dipanggil ‘Tikar Raja’ yang diperbuat daripada pohon bemban.
Sehingga kini beberapa negeri masih terus aktif menjalankan kegiatan anyaman
di peringkat kampung. Antaranya di daerah Rusila, Dungun, Kampung Ru Renggoh,
Kampung Kijing, Cendering dan Kuala Ibai di negeri Terengganu. Negeri-negeri
lain yang masih terdapat aktiviti anyaman ialah negeri Perlis, Kedah, Perak,
Selangor, Negeri Sembilan, Pahang, Melaka, Sarawak dan Sabah.
Jenis-jenis Anyaman
Jenis
Anyaman
|
Bahan
|
Hasil
anyaman
|
Anyaman
Mengkuang
|
Daun
mengkuang
|
Tikar,
tudung salji, bekas pakaian dan lain-lain
|
Anyaman
pandan
|
Daun pandan
duri
|
Tikar
sembahyang, hiasan dinding,
|
Anyaman
Buluh
|
Jenis-jenis
buluh yang sesuai
|
Bakul,
bekas pakaian, nyiru, beg dan lain-lain
|
Anyaman
Rotan
|
Rotan yang
telah diproses
|
Bakul,
bekas pakaian, tempat buaian anak dan lain-lain
|
Anyaman
Lidi
|
Lidi kelapa
|
Lekar,
bekas buah, bekas telor.
|
Anyaman
ribu-ribu
|
Paku pakis
ribu-ribu.
|
Tempat
tembakau, bekas sirih terbus, bakul, bekas seba guna dan lain-lain.
|
Langkah Anyaman Tikar
1. Bilah daun diletakkan bersilang dan bertindih di antara satu sama lain.
2. Hujung bilah (A2) dilipat keliling
3. Bilah daun baru ditambah (C)
4. Bilah daun baru ditambah (D) dan sebahagiannya bertindih dengan bilah (A)
5. Bilah (B2) dilipat ke atas melalui sebelah belakang bilah (C1-C2)
6. Bilah (B1) pula dilipat ke atas
7. Bilah (A1) dilipat ke bawah
8. Bilah (B2) dilipat ke bawah
9. Dua bilah baru ditambah (E dan F)
10. Bilah (C2) dilipat mengelilingi bilah (E)
11.Bilah (A1) dilipat ke atas dan bilah (D1) ke bawah

Tokoh-tokoh yang telah mencipta motif anyaman:
i. Cik Siah bt Jumaat berasal dari negeri Terengganu mencipta kelarai Sambas
ii Hajah Asiah bt. Salleh dari negeri Terengganu mencipta kelarai Tapak harimau
iii Hajah Semek dari negeri Terengganu mencipta kelarai Mak Mek
iv. Esah bt Said dari negeri Kelantan mencipta kerai Sisik Kelah.
v. Dayang Aisah bt. Awang Husin dari negeri Sabah mencipta kelarai bunga

Tiada ulasan:
Catat Ulasan